Friday, July 24, 2009

Guru Maahad Pertikai Tiada Kenaikan Gaji Tahunan

UUM 24 Julai: Guru-guru Maktab Mahmud menyatakan kekesalan dan kekecewaan kepada pentadbiran baru Lembaga Maktab Mahmud yang menafikan hak mereka untuk menerima faedah kenaikan gaji tahunan.

Menurut seorang guru senior Maktab Mahmud, " perkara itu tidak sewajarnya berlaku kerana pekeliling yang diedarkan oleh LMM baru-baru ini tidak sah dan mengabaikan kebajikan hampir 200 guru-guru yang sedang berkhidmat di Maktab Mahmud".

"Keputusan ini ditentang oleh semua guru dan bekas guru Maktab Mahmud. Polemik ini berterusan setelah YB. EXCO belum mahu memberi apa-apa penjelasan berkaitan isu ini", katanya lagi kepada MaahaDaily.

No comments:

Post a Comment